Click me!

GIVEAWAY RADIUSITE

Tuesday 20 September 2011

Sangat suka dengan koleksi tudung RADIUSITE:-

Ini emak saya bukan emak awak..

Emak saya bukanlah seorang doktor yang kerjanya merawat pesakit,
Bukan jua peguam yang petah berkata-kata,
Apatah lagi arkitek yang pandai mereka-reka,
Jauh sekali kaunselor yang pandai berbicara,
Belum tentu seorang chef yang sohor lagi terkemuka....

Tapi jauh di lubuk hati saya yang kecil ini ianya mengiyakan bahawa
.
.
.
.

Emak adalah seorang doktor kepada ayah,abang-abang,adik dan saya tidak kira dari kecil sehingga dewasa,
Emak adalah seorang peguam yang petah berkata-kata di dalam menguruskan perbelanjaan kewangan ekonomi keluarga,
Emak adalah seorang arkitek yang pandai menyusun suai perabot dan bermain dengan warna,
Emak adalah seorang kaunselor yang bijak memberi buah fikiran yang bernas dan kata-katanya yang berpada,
Emak adalah seorang chef ternama melalui sentuhan tangannya yang magika dan macam-macam adaaa.

Sesungguhnya ini emak saya bukan emak awak.
Emak saya bukan sekadar emak,tetapi superMak..*hihi.


Nukilan asli ini khas buat emak yang jauh di mata tapi dekat di hati.
-I'm always pray for your happiness and you always be my inspiration-
owh BTW,she just a housewife of four adorable children.
^_^


0 comments:

Post a Comment

Susu ummu gred A!


  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP